Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan,
berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman
bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan
oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati
terhadap minuman khamr atau arak. Sebab
minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber
segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu
tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki
yang soleh itu berkenalan dengan seorang
wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut
saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
Pertama minum khamr, kedua berzina dan
ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua
pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak
yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan
mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai
pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana
minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah,
iman dengan arak tidak mungkin bersatu
dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk
mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan
jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di
neraka."
0 komentar:
Posting Komentar